Nimo TV tutup operasi, ke mana hala tuju Draxx?

Draxx adalah pemain profesional PUBG Mobile untuk pasukan SEM9.

Terdahulu, Draxx membuat keputusan untuk melanjutkan streaming ke platform Nimo TV selepas kontraknya bersama Facebook Gaming tamat Februari lalu.

Draxx juga tidak menyangka penstrimannya di platform Nimo TV mendapat sambutan yang luar biasa. 

Namun begitu, Nimo TV kini menutup operasi mereka di Indonesia akibat sekatan demi sekatan dikenakan oleh kerajaan China.

Bertanya tentang apa hala tuju Draxx selepas ini, pihak kami menemu bual Kevin, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) SEM9.

Menurut Kevin, pihaknya masih lagi sedang mencari platform lain untuk digunakan oleh talent mereka.

“Kami masih di dalam fasa mencari platform lain yang sesuai untuk talent kami (Draxx) seperti Youtube, Tiktok dan Twitch,” katanya.

Platform manakah yang anda rasa Draxx akan beralih selepas Nimo TV menutup operasi mereka? Nyatakan di ruangan komen.

Foto: Draxx

RELATED NEWS

+