nombor telefonnya di dalam sebuah penstriman."> nombor telefonnya di dalam sebuah penstriman." /> nombor telefonnya di dalam sebuah penstriman." />

Isu Rankid: PUBG Mobile gantung seminggu

Terdahulu, OnTheGo memaklumkan bahawa salah seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina mendedahkan nombor telefonnya di dalam sebuah penstriman.

Hasil dari perkara itu, OnTheGo terus mengenakan ban ke atas pemain itu dan juga organisasi KHI Esports dari Scrim SSS.

Kini, giliran PUBG Mobile pula mengambil langkah yang seterusnya dengan menggantung pemain KHI Rankid dari pertandingan selama 28 Mac sehingga 3 April.

Langkah ini dibuat bagi menghukum Rankid kerana tidak mematuhi peraturan klause 6.3.5 – Confidentiality Peraturan Pertandingan dengan mengeluarkan maklumat peribadi di media sosial.

Diharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan semoga pihak KHI Esports lebih memandang serius terhadap isu ini dan melakukan perubahan di masa akan datang.

Sumber: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+