D’Xavier muncul juara PMPL SEA 2022

Pasukan Vietnam D’Xavier muncul juara Liga Profesional PUBG Mobile peringkat Asia Tenggara (PMPL) SEA 2022 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 (RM139,000) dengan pengumpulan mata sebanyak 201 mata.

Sementara itu, pasukan jiran, Vampire Esports dari Thailand muncul naib juara dan wakil Indonesia, RRQ Ryu berada di tempat ketiga.

Pasukan Malaysia pula masing masing mencatatkan tempat ke-9 (Team Secret), ke-11 (Farang Lejund), ke-13 (Yoodo Alliance 4Rivals) dan Dingoz di tempat terakhir.

PMPL SEA 2022 mengumpulkan 16 pasukan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM662,000).

Foto: PUBG Mobile Esports MY

RELATED NEWS

+