Seperti yang kita tahu, Free Fire menampilkan beberapa selebriti tempatan seperti Zizan Razak, Ismail Izzani, DOLLA dan Bunga dalam kempen Free Fire Untuk Semua.
Pada kesudahan kempen ini, mereka melancarkan filem aksi green screen, antara yang pertama di Malaysia. Mereka juga melancarkan previu eksklusif bagi filem ini.
Kempen ini berjalan selama lima bulan dengan objektifnya untuk mengumpulkan masyarakat dari pelbagai latar belakang untuk menikmati minat yang sama iaitu bermain Free Fire.
Semalam, kami di MyGameOn dijemput sebagai salah satu media untuk merasai dan melihat bagaimana filem itu, dari set di filem, props sehinggalah Jeep ikonik Free Fire sendiri. Juga terdapat video di belakang tabir yang menunjukkan reaksi selebriti-selebriti ini berada di set.
Yang paling menarik, mereka tidak pernah berada di set serentak, bermakna setiap penggambaran dibuat berasingan untuk setiap artis. Mereka juga melakukan aksi sendiri di set.
Dalam filem ini, ia interaktif di mana satu laman web boleh diakses pemain untuk mencipta perjalanan mereka sendiri dengan memilih bagaimana jalan cerita akan berjalan. Pada akhirnya, anda boleh berkongsi perjalanan anda bersama rakan-rakan lain.
Bagi pemain, anda boleh memilih sehingga tiga bahasa, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.
Permainan web ini juga memberikan ganjaran eksklusif dalam permainan kepada pemain, merchandise dan juga tanda tangan dari selebriti lokal ini.
Lihat kalendar Free Fire Untuk Semua bagi ganjaran boleh dimenangi dalam permainan.
Jangan lupa pada jam 8 malam ini untuk layari media sosial rasmi Free Fire di Facebook, Youtube dan Instagram untuk pelancaran eksklusif permainan web ini.