“Perpindahan pemain untuk MPL ID musim hadapan sangat menarik,” – Mirko

Menerusi sebuah hantaran Instagram emak_moba, pengulas Mobile Legends Indonesia, Frederick Handy Loho atau lebih dikenali sebagai Mirko, menyatakan bahawa perpindahan pemain untuk musim hadapan akan menjadi sangat menarik.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

“Terdapat banyak khabar angin perpindahan pemain yang akan berlaku untuk MPL ID musim ke-10, anda semua pasti terkejut jika ia benar-benar diumumkan. Saya cuma ingin memberitahu anda, MPL ID musim 10 akan menjadi sangat gila,” katanya.

MPL ID musim hadapan akan berjalan dengan sangat sengit di mana kesemua pasukan MPL akan melakukan yang terbaik demi mendapatkan slot ke M4.

Jadi tidak hairanlah, sekiranya banyak pasukan akan membawa masuk pemain-pemain baru dan pemain yang hebat untuk menguatkan lagi pasukan mereka.

Apa pendapat anda?

Foto: Instagram Mirko

RELATED NEWS

+