Persahabatan N0tail Dan Fly Menjadi Fokus – Saksikan Dokumentari Against The Odds

Pernahkah terfikir bagaimana persahabatan selama lapan tahun akhirnya renggang kerana perbezaan hala tuju?

Dokumentari “Against The Odds” yang dipersembahkan oleh Redbull akhirnya memberikan gambaran tepat bagaimana persahabatan Johan “N0tail” Sundstein dan rakan karibnya Tal “Fly” Aizik diduga oleh pelbagai rintangan seperti ketidaksefahaman, kekecewaan dan sebagainya.

Selain itu, tema utama ingin diketengahkan ialah perjalanan OG menjulang Aegis of the Champions buat pertama kalinya.

Sepanjang video tayangan selama 1 jam 20 minit itu, korang boleh saksikan perjalanan awal N0tail dan Fly bersama sebagai satu pasukan (Fnatic dan OG) dan bagaimana penerimaan N0tail selepas Fly menyatakan hasrat untuk meninggalkan OG.

Sejak OG ditubuhkan pada 2015, mereka memenangi pelbagai kejohanan Major bersama (Kiev, Manila, Frankfurt dan Boston) tapi apabila tiba di The International, mereka pulang awal kerana strategi tidak berhasil. Saksikan dokumentari tersebut hanya di Redbull.com.

Dalam video ini juga ditunjukkan perjalanan skuad OG yang mengambil jurulatih baru, Sébastien “7ckngMad” Debs dan bagaimana beliau dari jurulatih bertukar ke posisi pemain. Begitu juga dengan dua ahli lain, Jerax dan juga pemain pubstar, Topson yang membantu mereka memenangi The International 2018.

RELATED NEWS

+