PlayStation Plus Tidak Lagi Menawarkan Permainan PS3 & Vita Percuma Bermula Mac 2019

Sebelum ini PS Plus digunakan sebagai servis langganan untuk mendapatkan game percuma, tema dan diskaun bagi permainan video yang popular 2, 3 bulan dikeluarkan sebelum itu. Ini termasuklah judul PlayStation 3 yang dan Playstation Vita.

Tapi hari ini Sony mengumumkan PS Plus akan hanya memfokuskan judul PS4 bermula 8 Mac 2019. Ia tak akan memberi kesan kepada game yang dah dimuat turun ataupun akan dimuat turun sebelum tarikh itu. Perubahannya hanya bertumpu kepada ketiadaan game baru PS3 dan PS Vita untuk game bulanan PS Plus bermula tarikh disebutkan.

Dalam kenyataan itu, Sony juga berkata ramai pengguna kini berada di platform PS4 dan mereka ingin terus mengutamakan kelebihan diterima seperti online multiplayer, online game save storage, game bulanan PS4 dan diskaun PS Store yang eksklusif. 

TAGS

RELATED NEWS

+