PlayStation Store akhirnya menambah fungsi notifikasi Wishlist

PlayStation Store kini menerima kemaskini terbaru dan akhirnya mereka memberikan satu fungsi sudah lama dinantikan pengguna platform itu. 

Melalui ciapan mereka di Twitter, PlayStation mengumumkan mereka kini memberikan fungsi PS Store Wishlist buat pengguna. Anda juga akan menerima notifikasi di aplikasi PS App atau di konsol PS4 atau PS5 sekiranya permainan itu sudah tersedia di dalam kedai untuk disimpan. 

Namun, masih terdapat kekurangan buat fungsi ini. Ia tidak menyatakan kapasiti permainan yang boleh disimpan di dalam ‘wishlist’ itu. Selain, pengguna tidak diberikan pilihan untuk melihat ‘wishlist’ pengguna untuk memberikannya sebagai hadiah. 

Sony akhirnya memberikan fungsi ini di dalam kedai dalam talian mereka. Tetapi masih ada beberapa fungsi yang perlu ditambah, sebagai kemudahan buat pengguna. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+