PMCO: “Harap Semua Peminat Di Malaysia Dapat Beri Sokongan” – ManParang

“Saya berharap semua peminat pasukan negara dapat berikan sokongan penuh di Bangkok dan Global Final di Malaysia nanti,” itu ucapan ringkas Aiman Amirul ‘ManParang’ Mohd Sahid, kapten pasukan Yoodo Gank sejurus berakhirnya musim liga PMCO Fall Split di Shanghai, China sebentar tadi.

Aiman ketika dihubungi MyGameOn berkata, dia juga turut teruja kerana dapat layak ke Grand Final Asia Tenggara PMCO sebanyak dua kali (sebelum ini di Jakarta, Indonesia untuk Musim Bunga).

“Saya bersyukur kepada Allah kerana kesemua kami satu pasukan layak dan ditambah lagi dengan kelayakan terus ke Global Final, perasaan itu susah nak gambarkan.

“Kali ini kami akan bermain dengan lebih agresif di Bangkok berbanding liga di Shanghai,” katanya.

Grand Final PMCO SEA Musim Luruh akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada awal November nanti dan mengumpulkan 16 pasukan teratas bertarung merebut RM418,600. 

Yoodo Gank bersama ViP Squad layak ke kejohanan itu selepas meraih kedudukan ke-13 dan ke-16.

Bagaimanapun, Yoodo turut layak ke Global Final di Kuala Lumpur kerana memperoleh kedudukan paling teratas dalam kalangan pasukan Malaysia lain yang bertanding di liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

Foto: VSPN | Facebook

RELATED NEWS

+