PMCO: Junior Talent Sekali Lagi Winner Winner Chicken Dinner

Skuad Malaysia, Junior Talent berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) keempat buat Malaysia (yang kedua buat pasukan mereka) dalam Liga Asia Tenggara PMCO yang berlangsung di Shanghai, China.

Dalam pusingan akhir untuk hari ke-10, mereka berjaya bertahan di bulatan terakhir dan berjaya menumpaskan ONIC apabila perbezaan ahli kumpulan 4 kepada 2 sangat menyebelahi mereka. Yoodo Gank pula mendapat tempat keempat apabila gagal untuk memasuki bulatan terakhir yang mana Jimboy terperangkap di bawah tebing (di tepi laut).

Mereka berjaya mendapatkan 38 mata (30 untuk placing nombor satu dan 8 untuk jumlah pembunuhan).

Junior Talent diwakili oleh NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun, Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun, Muhammad Fikri Adli Md Nizam (Ngah), 20 tahun dan Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun, dan diurus oleh The Gaming Co dan Mobile Gaming Co.

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Selain itu bagi skuad yang mendapat MVP pada minggu tersebut, mereka akan menerima USD$1,000 (RM4,100).

Tonton livestream penuh untuk hari ke-10 di Youtube ini:

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+