PMCO: ViP Squad Menyamakan Kedudukan, Sekali Lagi Chicken Dinner

Nampaknya, perlawanan makin sengit untuk hari terakhir kejohanan PMCO SEA Grand Finals ini. Setiap pasukan dahagakan Chicken Dinner dan ViP Squad memastikan tak ada siapa boleh dapat Chicken!

Mereka memperoleh WWCD kedua selepas menewaskan Narok Gaming di bulatan terakhir. Masing-masing menggunakan taktik prone dan bom asap untuk camouflage dan strategi itu berkesan bagi VIP. Hyqul pula seolah mendapat semangat dan momentum kembali untuk bermain dengan lebih baik!

Secara keseluruhan, mereka memperoleh 45 mata dan menyamai kedudukan, naik tangga kelima, hanya di belakang Secret. Tahniah diucapkan!

 

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan 4 pasukan teratas yang akan layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

RELATED NEWS

+