PMGC: PUBG Mobile Global Championship 2021 akan bermula 23 November ini

Pihak Tencent baru-baru ini mengumumkan bahawa kejohanan dunia e-sukan PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021 akan berlangsung bermula 23 November ini sehingga Januari 2022. 

Kejohanan ini akan menjadi penentu untuk pasukan-pasukan ini menjulang gelaran juara dunia, selain memenangi sebahagian hadiah terkumpul yang sebanyak RM25 juta.

PMGC akan berlangsung dengan dua peringkat iaitu peringkat liga dan akhir. Peringkat liga akan berlangsung selama empat minggu bermula 23 November hingga hujung Disember. Manakala, pusingan akhir, akan berlangsung pada Januari 2022.

Buat masa ini, senarai pasukan yang sertai PMGC masih belum diumumkan. Tetapi, pasukan yang bersaing di PUBG Mobile Pro Leagues (PMPL) dan Regional Championships akan bersaing di PMGC.

Selain itu, pihak Tencent juga masih belum menyatakan sama ada kejohanan ini akan berlangsung secara berhadapan atau atas talian sepenuhnya. 

Sumber: Dots Esports.

RELATED NEWS

+