PUBG MOBILE (PMNC) kini kembali lagi untuk tahun 2021. "> PUBG MOBILE (PMNC) kini kembali lagi untuk tahun 2021. " /> PUBG MOBILE (PMNC) kini kembali lagi untuk tahun 2021. " />

PMNC kembali dengan hadiah tunai sebanyak RM100,000!

Kuala Lumpur: Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE (PMNC) kini kembali lagi untuk tahun 2021.

Dengan kerjasama Yoodoo dan juga Xiaomi, PMNC kali ini memberikan pemain peluang untuk melayakkan diri ke Liga Profesional (PMPL MY/SG Musim Keempat). 

Pertandingan ini akan bermula pada 1 Jun sehingga 18 Julai ini dan merangkumi kategori berbeza seperti (Skuad, Solo dan Wanita). Pemain-pemain Malaysia akan dibahagikan kepada empat zon yang berbeza (Zon Erangel, Zon Sanhok, Zon Miramar, dan Zon Karakin):

  • Zon Erangel – Sabah, Sarawak, Kelantan
  • Zon Miramar – Perak, Penang, Perlis, Kedah
  • Zon Karakin – Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor
  • Zon Sanhok – Terengganu, Pahang, Johor, Melaka

Pendaftaran untuk kesemua kategori sudah bermula pada 16 Mei lalu. Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari kategori Skuad dan juga 16 pemain dari kategori Solo akan membentuk pasukan mereka sesama mereka.

“Yoodo teruja untuk meneruskan lagi peranan kami sebagai Telco Digital Rasmi untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC).

“Kami mempunyai juara di antara pemain kami di dalam semua peringkat dan berbangga untuk mengumumkan kerjasama bersama PUBG MOBILE selama tiga tahun ini telah membuahkan hasil untuk membentuk pemain-pemain ini.

“Pada masa yang sama, kerjasama ini telah menyumbang kepada peningkatan kepada ekosistem tanah air di Malaysia,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Empat pasukan teratas dari Grand Final PMNC akan mendapatkan slot ke liga, manakala tempat kelima sehingga ke-10 akan mencuba sekali lagi untuk bermain sebagai pasukan Wild Card di Grand Final perlawanan kelayakan PMPL MY/SG.

Empat daripada lima pasukan akan mendapat slot Wild Card tersebut.

RELATED NEWS

+