PMPL ID: uHigh sudah bersedia merangkul juara pada musim kali ini

Bigetron Esports adalah sebuah organisasi yang tidak asing di dalam dunia e-sukan Mobile Legends dan juga PUBG Mobile. Boleh dikatakan roster untuk kedua-dua permainan peranti mudah alih popular ini memiliki keserasian yang cukup mantap di dalam sebuah pasukan. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Baru-baru ini, uHigh rasmi masuk ke pasukan BTR selepas beliau meninggalkan Team Secret. Beliau berjaya membawa pasukannya mendapat tempat ke-7 di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile sebelum ini.

Kemasukan uHigh ke dalam pasukan pasti memberikan kekuatan firepower yang diperlukan selepas Microboy meninggalkan BTR untuk masuk ke dalam EVOS Esports.

PMPL ID akan dimulakan pada 24 Ogos ini dan peringkat liga akan berakhir pada 12 September tahun ini. 20 pasukan akan bertarung antara satu sama lain untuk merebut slot ke peringkat country finals yang akan berlangsung pada 17 September – 19 September.

Selain itu, pemenang di tempat yang pertama peringkat liga akan mendapat slot ke liga Asia Tenggara yang belum diumumkan lagi. Walau bagaimanapun, pasukan lain tetap berpeluang untuk ke liga Asia Tenggara apabila mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat country finals.

Nantikan kemunculan uHigh di PMPL ID buat pertama kalinya nanti. Mampukah beliau membawa pasukan barunya muncul juara PMPL ID musim keempat? Kita bakal saksikan pada minggu hadapan!

RELATED NEWS

+