PMPL ID: WWCD milik Onic Esports di peta Miramar

Pertarungan pada minit ke-24 menyaksikan pasukan Supply Bang dengan mata kill tertinggi dengan 9 mata. Mereka harus berlawan dengan Boom Esports dan Onic Esports.

Pasukan Supply Bang tidak berkumpul di dalam satu tempat, mereka mengaturkan ahli pasukan berjauhan dari antara satu sama lain untuk mendapatkan angle yang sesuai bagi menembak ahli pasukan Onic Esports. 

Boom Esports yang mempunyai baki 2 orang ahli masih memberikan tekanan kepada Onic Esports. Ketiga-tiga pasukan masih berjaga-jaga untuk tidak melakukan kesilapan.

Mereka mula melakukan prone untuk mengelak dari ditembak. Walau bagaimanapun, Onic Esports bermain dengan begitu baik sekali, mereka sabar dan menunggu peluang untuk mendapatkan WWCD.

RELATED NEWS

+