Indonesia tersingkir dalam acara MLBB lelaki

Dua pasukan daripada wilayah MPL iaitu Indonesia dan Singapura pulang awal selepas kedua-dua pasukan itu tewas di tangan Kemboja dan Myammar.

Indonesia merupakan salah satu negara yang melakukan pemilihan untuk ke Sukan SEA ini.

Mereka diwakili oleh, Albert, Vyn (RRQ), Sanz, Kiboy (Onic ID), DreamS, Branz dan Saykots (EVOS) dilatih oleh Zeys serta dibantu oleh TaxStump dan Adi.

Indonesia dipilih sebagai salah satu pasukan yang akan memenangi pingat emas di Kemboja disebabkan ini merupakan satu pasukan yang kuat atas kertas.

Namun segalanya berubah selepas mereka tewas di tangan Myammar yang diwakili oleh Falcon Esports.

Ini juga merupakan comeback untuk bintang Myammar, RubyDD yang dikenali sebagai salah seorang pemain Lunox terbaik di MLBB.

RubyDD yang bermain Arlott sangat dominan dan dia dibantu oleh justiN yang bermain Valentina dan Naomi yang bermain Khufra.

Myammar (Falcon Esports) berjaya membalas dendam selepas tewas di tangan Indonesia di M4 yang diwakili RRQ.

Untuk menambah derita Indonesia, pasukan tuan rumah iaitu Kemboja yang diwakili oleh ATM, C Cat, D7 (Burn X Flash) dan Detective,  Xingg (CFU Gaming) menewaskan mereka dengan mengambil masa lebih kurang 35 minit.

Kesilapan daripada Indonesia dihukum oleh Kemboja dan apabila tuan rumah mula mendapat momentum, mereka berjaya membuka Base pasukan Indonesia lalu menghancurkan kristal mereka.

Kekalahan Indonesia di tangan Myammar serta kekalahan Singapura di tangan Kemboja sudah mengunci nasib kedua-dua negara itu lalu tersingkir daripada pertandingan.

Cerita berbeza buat Singapura yang diwakili oleh pemain RSG Slate SG di mana mereka gagal untuk menghentikan momentum Myammar dan Kemboja.

Singapura nampak seperti bermain tanpa arah dengan pemilihan hero serta rotasi yang menimbulkan banyak persoalan untuk juara MPL Singapura ini.

Secara rasminya, Kemboja dan Myammar telah mengesahkan tempat mereka di peringkat separuh akhir.

RELATED NEWS

+