PMPL MY/SG Musim 2 bermula esok! ini semua yang anda perlu tahu

Musim kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura atau PMPL MY/SG akan bermula esok! Bila perlawanan akan berlangsung? Berapa jumlah hadiah kemenangan? Jom baca artikel ini!

PMPL MY/SG Musim 2 akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 27 September ini. 24 pasukan PUBG Mobile terhebat dari Malaysia dan Singapura akan bertanding untuk merebut sebahagian daripada hadiah terkumpul US$150,000.

PMPL MY/SG Season 2 Official Trailer

24 pasukan telah pun bersedia untuk PMPL MY/SG Season 2, perlawanan untuk hari pertama bakal menjelang! Dengan sebanyak US$150,000 hadiah tunai dipertaruhkan dan juga slot ke PMPL SEA Finals nanti, siapakah yang akan menjadi pemenang PMPL MY/SG Season 2 ini?! Saksikan siaran langsung hari pertama yang akan bermula pada 19 Ogos @ 4.30PM!#PUBGMOBILE #PMPL2020 #PMPLS2 #BeTheOne–Ikuti kami di📘FB: https://bit.ly/PUBGMMYFB 💜IG: https://bit.ly/PUBGMMYIG 🔴YT: https://bit.ly/PUBGMMYYT

Posted by PUBG MOBILE on Monday, August 17, 2020

Berikut adalah pecahan tarikh perlawanan mingguan Regular Season dan Grand Finals:

  • Musim Liga Minggu 1 – 19 Ogos hingga 23 Ogos
  • Musim Liga Minggu 2 – 26 Ogos hingga 30 Ogos
  • Musim Liga Minggu 3 – 2 September hingga 6 September
  • Musim Liga Minggu 4 – 9 September hingga 13 September
  • Grand Finals – 25 September hingga 27 September

Perlawanan hari minggu akan bermula pada waktu 5PM dengan perlawanan Showmatch. Perlawanan hari hujung minggu pula akan bermula pada waktu 3PM dengan perlawanan Super Showmatch antara semua pasukan tidak kira kumpulan.

Para peminat e-sukan PUBG Mobile juga boleh mendengar podcast PMPL MY/SG Musim 2 yang akan dikeluarkan pada setiap hari Selasa selepas Regular Season Minggu 1 berakhir. Podcast tersebut akan dihoskan oleh J Hunter.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah US$150,000 (RM628,500). Berikut adalah pecahan hadiah kemenangan Grand Finals:

  • Johan: AS$15,000 (RM62,800)
  • Naib johan: AS$10,000 (RM41,900)
  • Tempat ke-3: AS$7,500 (RM31,400)
  • Tempat ke-4: AS$4,500 (RM18,800)
  • Tempat ke-5: AS$3,000 (RM12,600)
  • Tempat ke-6: AS$2,000 (RM8,400)
  • Tempat ke-7: AS$1,500 (RM6,300)
  • Tempat ke-8: AS$1,500 RM6,300)
  • Tempat ke-9 hingga ke-16: AS$625 (RM2,600)
  • MVP: AS$2,000 (RM8,400)
  • Setiap Winner Winner Chicken Dinner: AS$100 (RM420)

Berikut adalah pecahan hadiah kemenangan Mingguan pula:

  • Johan: AS$3,750 (RM15,700)
  • Naib johan: AS$2,500 (RM10,400)
  • Tempat ke-3: AS$2,125 (RM8,900)
  • Tempat ke-4: AS$1,750 (RM7,300)
  • Tempat ke-5: AS$1,000 (RM4,200)
  • Tempat ke-6: AS$750 (RM3,100)
  • Tempat ke-7: AS$500 (RM2,100)
  • Tempat ke-8: AS$375 (RM1,600)
  • Tempat ke-9 hingga ke-16: AS$250 (RM1,000)
  • Tempat ke-17 hingga ke-20: AS$125 (RM500)
  • Tempat ke-21 hingga ke-24: AS$50 (RM210)

Terdapat juga hadiah istimewa untuk Regular Season:

  • Winner Winner Chicken Dinner (setiap perlawanan): AS$50 (RM210)
  • Terminator (mingguan): AS$200 (RM840)
  • Best Performance Team (mingguan): AS$550 (RM2,300)
  • Showmatch Champion (setiap perlawanan): AS$100 (RM420)
  • Terminator (liga): AS$1,200 (RM5,000)

Sebelum ini kami sudah menulis tentang pasukan-pasukan yang akan bertanding di PMPL MY/SG Musim 2. Terdapat 24 pasukan yang akan bertanding, 20 dari Malaysia dan 4 dari Singapura.

5 pasukan terbaik PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2020:

  • AKA Esports
  • EZZY LX
  • MARLINO
  • Team Bosskurr
  • TRX Elementus

4 pasukan terbaik dari Pusingan Kelayakan Singapura:

  • 8GMT
  • Kingsmen (Kartel Gaming)
  • PPG
  • Steel Hearts Esports

15 pasukan yang dijemput dari PMPL MY/SG Musim Satu:

  • AXIS NRL MPX
  • Damansara Esports
  • Dingoz MZ
  • EVOS VIP
  • FLASHVISION
  • Geek Fam
  • J8 Esports
  • N.E.D Brotherhood
  • Resurgence
  • TARA Assasino
  • Team No Recoil
  • Team Secret
  • Team SMG
  • Westar Xpert
  • Yoodo GANK

Pecahan Kumpulan A, Kumpulan B, dan Kumpulan C untuk Regular Season Minggu 1 telah didedahkan. Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertembung esok pada hari pertama kejohanan ini.

Untuk mendapatkan kemaskini dan berita terkini mengenai PMPL MY/SG Musim 2, pastikan anda mengikuti MyGameOn di laman-laman media sosial kami.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+