PMPL MYSG S4: Mampukah Axis Redone mengekalkan prestasi mereka di Country Final?

Peringkat liga PMPL MY/SG musim keempat menyaksikan pasukan Axis Redone berjaya bergelar juara dengan mata terkumpul sebanyak 434. Mereka berjaya menempah slot ke peringkat Asia Tenggara dan juga peringkat akhir yang akan bermula pada hari jumaat ini.

Jika dilihat pada peringkat liga, pasukan Axis Redone sangat cemerlang pada minggu pertama super weekend akan tetapi prestasi mereka mula merosot pada minggu kedua dan ketiga. Namun begitu, hasil pengumpulan mata pada minggu pertama sebanyak 182 berjaya meningkatkan jurang perbezaan mata antara pasukan-pasukan lain.

Pasukan Team Secret dan Farang Lejund yang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga juga sangat konsisten. Mereka hampir merampas tempat pertama dengan pengumpulan mata sebanyak 425 dan 416. Selain itu, pasukan SEM9.Gank, Team SMG dan 4 Rivals tidak ketinggalan mempamerkan corak permainan yang konsisten sepanjang super weekend.

Enam pasukan ini mampu menjadi juara PMPL MY/SG musim keempat. Mereka adalah pasukan yang paling konsisten di peringkat liga dan tidak mustahil untuk mereka mengekalkan prestasi mereka di peringkat country final nanti. 

Axis Redone dan 4Rivals juga tidak akan ketinggalan untuk all out sepanjang country final bagi merapatkan kedudukan mereka dan mengambil alih tempat Team Secret yang mempunyai mata PMGC tertinggi setakat ini sebanyak 884. Manakala, pasukan Team Secret juga akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kedudukan pertama mereka.

Perlawanan di peringkat country final ini pasti sangat menarik untuk disaksikan kerana mereka yang berada di tempat tiga teratas akan mendapat slot ke peringkat Asia Tenggara untuk meningkatkan lagi peluang ke PMGC 2021 ini. Siapakah yang bakal menjadi juara? Kita saksikan pada hari Jumaat ini.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

RELATED NEWS

+