PMPL: Pasukan wanita Singapura, Powerpuff Girls cipta kejutan

Pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain wanita Singapura, Powerpuff Girls mencipta kejutan hari ini dengan meraih Winner-Winner Chicken Dinner pertama di PMPL MY/SG Musim Kedua yang berlangsung hari ini.

Mereka berjaya menewaskan kesemua pasukan yang ada hari ini dengan 5 mata bunuh dan 20 keseluruhan mata. Tahniah diucapkan!

Sementara itu Team Bosskurr pula raih 9 mata dan 21 mata keseluruhan di tempat pertama.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000, mengumpulkan 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+