PMPL SEA: 4Rivals, Axis Redone dan Team Secret cemerlang, Geek Fam sedikit kecundang

Kesemua pasukan Malaysia iaitu 4Rivals, Team Secret, Geek Fam dan Axis Redone berjaya mara ke peringkat super weekend minggu ini. Mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang pada peringkat weekdays tempoh hari.

Keadaan di super weekend tidak begitu berbeza kerana pasukan 4Rivals berjaya mendahului hari pertama di kedudukan kedua dengan 48 mata. Axis Redone di kedudukan ketiga dengan 45 mata. 

Team Secret berada di kedudukan ke-11 dengan 36 mata. Namun begitu, pasukan Geek Fam sedikit kecundang dengan hanya mengumpul 15 mata ketika ini.

Adakah pasukan Geek Fam akan bangkit pada hari kedua ini? Semoga kesemua pasukan Malaysia dapat meneruskan momentum mereka secara konsisten.

RELATED NEWS

+