PMPL SEA: JangS tidak lagi bersama Yoodo Alliance

Jurulatih Yoodo Alliance, Muhammad Farhan Abdul Gafar atau JangS mengumumkan tidak lagi bersama organisasi itu.

Dalam satu hantaran di Instagram Story hari ini, JangS mengumumkan perkara itu.

Sebelum ini, JangS membantu Yoodo Alliance dalam kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim luruh 2022 yang mana pasukan itu mendapat tempat keempat dan layak mendapat slot ke PMPL Asia Tenggara.

JangS sebelum ini menjadi jurulatih Bigetron RA namun pasukan itu tak berapa menyinar di kejohanan-kejohanan besar.

Jejaka ini juga pernah menjadi jurulatih bagi pasukan PUBGM yang mewakili Malaysia di Sukan SEA 2021 tempoh hari.

Video penuh penjelasan JangS boleh ditonton di bawah:

RELATED NEWS

+