PMPL SEA: OnTheGo dedah SOP yang sangat ketat

Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA 2022) peringkat akhir kini hampir tiba, ia akan bermula pada 10 Jun dan bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket perlawanan sudah pun habis dijual. Kali ini, SOP yang sangat ketat akan dibuat oleh penganjur bagi memutuskan rangkaian wabak Covid-19.

OnTheGo memuat naik satu hantaran di mana dia menyatakan scalper tiket tidak lagi dapat memulakan agenda mereka namun SOP yang lebih ketat pula dikenakan kali ini.

“Untuk PMPL SEA Championship, saya jujur sahaja. Tiada unsur-unsur ulat tiket cuma kali ini, tiket sangat limited untuk kekalkan SOP, keselamatan, kesihatan dan kelancaran pertandingan.” tulisnya.

OTG juga menyatakan bahawa hari ini adalah hari terakhir dia akan dapat berjumpa dengan pemain Team Secret. Semasa hari rehearsal nanti, dia hanya dapat melihat mereka dari jauh.

“Hari ini adalah hari terakhir saya boleh jumpa dengan pemain dari Team Secret. Selepas ini, saya hanya mampu melihat mereka dari jauh semasa rehearsal day. Selepas perlawanan tamat pada 12 Jun, baru saya boleh berjumpa mereka berdepan-depan disebabkan sistem bubble ni.” tambahnya.

OTG menyifatkan SOP kali ini sangat berbeza berbanding Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) yang bertempat di Dubai sebelum ini.

“Saya pernah ke Dubai untuk PMGC dan level SOP untuk SEA Finals kali ini 100 kali ganda lebih ketat dari sistem bubble PMGC Dubai. Ini acara profil yang tinggi dan ia agak besar di Malaysia selepas sekelian lama. Saya amat berharap ianya berjaya.” akhirinya.

Adakah anda sudah mendapatkan tiket ke SEA Finals? Jangan lupa untuk berikan sokongan anda kepada pasukan Malaysia nanti!

Sumber: OTG

RELATED NEWS

+