PMWL: Bigetron RA sekali lagi muncul juara dunia, bawa pulang RM418,000

Pasukan PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Red Aliens sekali lagi membuktikan merekalah juara dunia dengan kemenangan epik di Liga Dunia (PMWL Timur) yang berlangsung selama hampir sebulan secara dalam talian.

BTR RA berjaya mengumpulkan 287 mata dan meninggalkan pasukan India, Orange Rock (278 mata) dan RRQ Athena dari Thailand dengan 276 mata.

Kemenangan tipis itu juga melayakkan skuad Garuda ini membolot RM418,000 di final ini.

Bagi kedua-dua pasukan Malaysia, Team Secret dan Yoodo Gank yang bertanding, mereka masing-masing meraih kedudukan ke-15 dan ke-16 dengan 150 mata dan 142 mata.

Mungkin rezeki tak berpihak kepada mereka tapi cuba lagi pada liga dunia seterusnya!

PMWL Timur diadakan selama tiga minggu yang mana 20 pasukan PUBG Mobile berentap di peringkat liga dan bertarung pada Super Weekend di hujung minggu.

Foto: Bigetron Esports, PUBG Mobile

RELATED NEWS

+