PMWL: Yoodo Gank raih Chicken Dinner tiga kali berturut-turut!

Sekali lagi, pasukan terbaik PUBG Mobile Asia Tenggara, Yoodo Gank meraih Chicken Dinner tiga kali berturut-turut. Tahniah!

Kali ini, mereka mendapatkannya di peta Miramar.

Permainan di peta ketiga menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di peta Miramar.

Team Secret berjaya mengekalkan posisi mereka di top 6 dengan permainan yang lebih pasif akan tetapi impian untuk mendapatkan chicken dinner musnah apabila ditewaskan oleh pasukan indonesia BTR.

Manakala, Team Yoodo Gank berjaya memperolehi tempat di dalam top 5. Perlawanan sengit berlaku di mana perang tiga segi antara Team BTR, Team Yoodo Gank dan juga Team IND.

Perlawanan di bulatan akhir menyaksikan Team Yoodo Gank memerangi Team T1 dan juga BTR.

Yoodo Gank berjaya lagi WWCD di peta yang ketiga dan seterusnya mengumpul 3 WWCD untuk perlawanan Super Weekend 1.

RELATED NEWS

+