Pokemon Detective Pikachu Adalah Filem Video Game Dengan Kutipan Tertinggi

Filem Pokemon Detective Pikachu adalah filem video game dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah.

Sejak ditayangkan pada Mei, filem yang berdasarkan game berjudul Detective Pikachu telah mencatat USD$436 juta (RM1.79 billion) di seluruh dunia. Detective Pikachu juga mengumpul USD$161 juta (RM662.60 juta) semasa minggu pertama tayangan filem dan ia adalah kutipan filem video game tertinggi pada minggu pertama tayangan.

Bukan itu sahaja, filem ini masih lagi ditayangkan di 5 negara iaitu Portugal, Norway, Colombia, New Zealand dan Slovenia. Tayangan mingguan pada 12-14 Julai di negara-negara berkenaan telah mengaut kutipan sebanyak USD$6,994 juta (RM28,702) mengikut data daripada Box Office Mojo.

Dengan kutipan terkumpul sebanyak USD$143.3 juta (RM588.1 juta), Detective Pikachu mengatasi Warcraft, filem diadaptasikan daripada World of Warcraft dari segi kutipan dan juga penerimaan orang ramai. Filem Pokemon Detective Pikachu juga dianggap sebagai filem video game terbaik yang mendahului filem Rampage dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Tomb Raider dibintangi oleh Alicia Vikander menurut skor Rotten Tomatoes.

Kami juga merasakan Detective Pikachu berjaya memecah sumpahan buruk adaptasi filem video game dalam review penuh kami! Filem ini mengikuti pengembaraan seorang pemuda Tim Goodman (Justice Smith) terserempak dengan Detective Pikachu pintar (dilakonsuara oleh Ryan Reynolds) untuk menyiasat kehilangan misteri Detective Harry Goodman iaitu bapa kepada Tim.

Hollywood masih lagi berkobar-kobar untuk menukarkan video game menjadi filem. Francais game seperti Sonic the Hedgehog, Mortal Kombat dan Uncharted merupakan antara filem aksi nyata yang bakal ditayangkan ke layar perak. Namun, mampukah filem-filem ini bakal meraih sokongan penonton dan mengaut kutipan pecah panggung seperti Detective Pikachu? 

Kongsikan komen korang bersama kami di Facebook. Jangan lupa ikut kami di Instagram dan YouTube.

Sumber: DualShockers

RELATED NEWS

+