Pokemon Presents diumumkan, menawarkan info terkini Legends Arceus, Brilliant Diamond dan Shining Pearl

Syarikat Pokemon sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan penstriman langsung “Pokemon Presents” pada hari Rabu, 18 ogos.

Striman yang akan bermula pada 6 pagi PT itu akan menampilkan maklumat baru mengenai remake Pokemon Diamond and Pearl, Brilliant Diamond dan Shining Pearl yang akan datang serta berita mengenai Pokemon Legends Arceus.

Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl adalah permainan Pokemon seterusnya yang akan dikeluarkan, ia akan tiba pada bulan November ini. Manakala, Pokemon Legends Arceus akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada bulan Januari 2022. Memandangkan hanya beberapa bulan sahaja sehingga permainan ini dilancarkan, penstriman itu mungkin menawarkan lebih maklumat mengenai ciri-ciri kesemua permainan itu.

Ketiga-tiga permainan ini pertama kali diumumkan dalam Pokemon Presents pada bulan Februari. Legends Arceus, Brilliant Diamond dan Shining Pearl sejak itu sudah siap untuk pra-pesanan.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+