Pokemon Scarlet dan Violet akhirnya menerima kemaskini baru yang lama ditunggu

Pokemon Scarlet dan Violet mendapat sambutan hangat dari peminat francais Pokemon seluruh dunia.

Bagaimanapun, popularitinya tidak dapat menafikan banyak masalah yang melanda permainan itu. Antaranya, pepijat pada visual yang tidak menjejaskan permainan itu sendiri tapi ‘merosakkan’ sesi permainan anda.

Dalam ciapan pada semalam, Nintendo meminta maaf dan melancarkan kemaskini baru bagi menyelesaikan masalah-masalah ini:

  • Musim pertama Ranked Battles akan bermula, memberikan anda peluang menikmati Ranked Battles menerusi Battle Stadium.
  • Isu musik tidak dimainkan dengan betul dalam perlawanan Elite Four dan Top Champion di perjalanan Victory Road sudah diperbaiki
  • Beberapa pepijat juga sudah dibaiki (tapi mereka tidak memperincikannya)

“Kami sedar pemain banyak terkesan dengan prestasi permainan ini. Matlamat kami adalah sentiasa memberikan pengalaman positif kepada pemain dan kami meminta maaf (kerana kesilapan ini). Kami mengambil berat keluhan pemain dan kami akan cuba menambah baik,” tulis Nintendo.

Scarlet dan Violet memperkenalkan Pokemon lagenda, Koraidon dan Miraidon untuk ditunggang di udara, laut dan darat.

Ia juga memperkenalkan Terastalize yang mana Pokemon anda boleh berubah jenis sekali gus menambah kuasa serangan tertentu.

Pokemon Scarlet dan Violet sudah pun dilancarkan di Switch pada 18 November lalu.

RELATED NEWS

+