Pokémon Sword and Shield: 2 Pokémon Baru Diperkenalkan, Boleh Masak Kari, Berkhemah & Banyak Lagi

The Pokémon Company dan Game Freak berkongsi banyak perkara menarik tentang game Pokémon terbaru, Pokémon Sword and Shield. Antaranya adalah pengubahsuaian pakaian dan penampilan diri, bina khemah dan lawat khemah pemain lain serta kemunculan dua Pokémon baru! 

Saksikan trailer terbaru ditonjolkan semasa Nintendo Direct:

Kini, pelatih Pokémon boleh memperagakan pelbagai jenis pakaian daripada topi sehinggalah ke sarung tangan. Ini sangat membantu untuk membezakan pelatih Pokémon lain semasa Raid Battle. Edisi Pokémon kali ini memberikan pemain lebih banyak pilihan untuk mengubahsuai raut wajah dengan memakai mekap dan menukar gaya rambut. 

Buat pertama kali, korang boleh berkhemah di mana-mana sahaja semasa berjalan-jalan di Galar. Dalam khemah ini, korang boleh beramah mesra dengan Pokémon milik korang dan Pokémon mesra akan jadi lebih padu semasa berlawan.

Bukan sahaja itu, korang boleh melawat khemah pelatih Pokémon lain dan bermanja-manja dengan Pokémon lain seperti menghayun-hayunkan alat mainan.

Pokémon Sword and Shield membolehkan korang untuk memasak kari, makanan paling popular di Galar. Korang boleh memasak dan mengacau kari bersama 3 pemain lain serta kumpul pelbagai kombinasi kari iaitu lebih daripada 100 resepi dalam Curry Dex (sama seperti Pokédex). 

Selain daripada Alcremie, Yamper, Rolycoly dan Duraludon, terdapat dua Pokémon baru diumumkan yang dipanggil sebagai Polteageist dan Cramorant.

Polteageist

Polteageist adalah Pokémon jenis Ghost yang mana badannya diperbuat daripada teh dan tinggal dalam teko. Dia mempunyai kebolehan khas dipanggil sebagai Weak Armor yang mempertingkatkan Speed Pokémon.

Cramorant menentang Machoke

Cramorant adalah Pokémon jenis Flying/Water yang menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya. Jika dia menggunakan Surf atau Dive semasa berlawan, dia berkemungkinan untuk menangkap sesuatu dalam mulutnya. Kalau dia diserang dengan Pokémon liar, dia akan menyerang kembali dengan mengeluarkan tangkapannya ke arah musuh.

Pokémon Sword dan Shield bakal hadir di Nintendo Switch pada 15 November 2019.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+