Politeknik Muadzam Shah menjuarai Kejohanan Kampus PUBG Mobile 2021

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Peminat PUBG Mobile Malaysia menyaksikan kemuncak yang menarik di Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 apabila PMS PHANTOM dari Politeknik Muadzam Shah berjaya memperoleh kejayaan mereka untuk merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile kolej yang terbaik di Malaysia.

PMS PHANTOM berjaya menentang 16 pasukan dalam perjalanan mereka ke peringkat akhir serta berjaya mengumpul sebanyak 111 mata dengan 2 Chicken Dinner.

Pasukan juara ini membawa pulang sebahagian besar dari prizepool RM60,000 serta bakal mewakili tanah air ke Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 yang akan datang.

PMS PHANTOM juga akan disertai oleh pemenang tempat kedua dan ketiga PMCC 2021 iaitu TFES NOVA dan BMI ESPORT masing-masing dari UniKL MIIT dan UNIKL BRITISH MALAYSIA INSTITUTE di PMCC SEA 2021, di mana mereka akan menentang pasukan kampus PUBG Mobile terbaik dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

“PMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit yang luar biasa daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada PMS Phantom!” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

“Selain itu, kami sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat. Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif e-sukan yang menarik pada masa hadapan,”

PMCC 2021 menerima seramai lebih 1,000 peserta 344 pasukan daripada lebih 200 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Pusingan Grand Final, yang disiarkan secara langsung di platform Yoodo, menerima lebih 1 juta tontonan.

Hari kedua Grand Final menyaksikan peminat menikmati perlawanan persembahan antara 16 Pasukan PMCC Teratas dan 3 pasukan pempengaruh, yang terdiri daripada nama-nama ikonik seperti Soloz, Daddyhood, Yakuza, Boyka, Mossgoku, Manparang, Master Ramen dan Pemburu. 

RELATED NEWS

+