Predator League: SGD V2 tempat kelapan, VR Universal 4Rivals berjaya WWCD peta terakhir

Selepas berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner di peta terakhir hari ini, pasukan Malaysia, VR Universal 4Rivals berpuas hati dengan kedudukan ke-10 pada Grand Final Predator League 2022.

Pada peta ke-10 itu, mereka mencatatkan empat mata bunuh dan ini menjadikan mata keseluruhan mereka sebanyak 43 mata, hanya tujuh mata di belakang satu lagi wakil Malaysia, ShuaiGeDui (SGD) V2.

Balingan bom yang tepat ke arah pasukan Indonesia, Macan Sumeru berjaya melenyapkan mereka dari permainan seterusnya memberikan WWCD

Saksikan temubual kami bersama dengan mereka pada awal hari ini.

@mygameondotmy Pasukan VR Universal 4Rivals berharap prestasi hari ini lebih baik dalam Grand Final Predator League 2022 #PredatorLeague #PL2022 #PUBG #MyGameOn #fyp ♬ Pubg – Xd12 Gang

Ini pula temubual bersama SGDV2:

@mygameondotmy Pasukan PUBG Malaysia SGDV2 berharap dapat lakukan lebih baik di hari kedua Predator League 2022 #fyp #kakigaming #predatorleague #pl2022 #mygameon ♬ original sound – My Game On

Pada Jumaat hingga Ahad, empat pasukan Malaysia bertanding iaitu Team SMG dan ChubbyBoiz bagi kategori Dota 2 dan VR Universals 4Rivals dan SGDV2 bagi kategori PUBG.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$400,000 (RM1.8 juta).

Ia diadakan di Tokyo, Jepun selepas dibatalkan di Filipina pada tahun 2020 lalu akibat pandemik COVID-19.

RELATED NEWS

+