PUBG: Battlegrounds di PC akhirnya akan menjadi Free-to-Play?

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) atau dengan nama barunya PUBG: Battlegrounds baru-baru ini cuba untuk menarik lebih ramai pemain dengan kumpulan besar K-pop Blackpink.

PUBG: Battlegrounds akan menjadi percuma dalam seminggu untuk memberi peluang orang mencuba PUBG: Battlegrounds di PC bermula 10 Ogos sehingga 16 Ogos ini.

Acara Free-toPlay Blackpink digunakan bagi melihat respon pengguna PUBG di PC.

Seorang leaker di Twitter bernama PlayerIGN juga memberitahu PUBG sepatutnya sudah lama menjadi F2P pada tahun 2019 namun tidak mendapat respon dari peminat untuk menukar PUBG ke permainan video percuma.

Krafton juga mencuba untuk membuat eksperimen dengan acara Blackpink namun, di PC ramai peminat menunjukkan rasa tidak senang dengan tindakan Krafton.

Jika kita mengambil kira leaks yang mungkin benar, PUBG: Battlegrounds perlu membuat kaedah baharu untuk PUBG yang percuma dengan transaksi mikro yang baharu.

Adakah minggu percuma PUBG: Battlegrounds dan acara Blackpink ini akan membuat Krafton menukkarkan PUBG: Battlegrounds kepada Free-to-Play?

RELATED NEWS

+