Produser Dragon Quest Heroes Mengacah Sekuel & Kolaborasi Terbaru

Selepas kejayaan Dragon Quest Heroes II yang diterbitkan di PlayStation 4, PC dan bakal hadir ke Nintendo Switch di Japan, nampaknya ia tak terhenti di situ.

Dalam temu bual Dengeki PlayStation bersama Produser siri Toukiden dan Dragon Quest Heroes, Kenichi Ogasawara ada mengatakan apa yang akan hadir seterusnya.

Kenichi menegaskan, Dragon Quest Heroes III dah pun dalam proses development dan beliau juga mendedahkan mengenai projek terbaru kolaborasi bersama siri lain. Selepas ini kita mungkin akan menyaksikan crossover antara Dragon Quest Heroes bersama Toukiden ataupun Final Fantasy!

Beliau menambah, projek terbaru itu adalah kejutan kepada semua dan peminat perlu terus menanti pengumumannya. Square Enix pula masih belum mendedahkan rancangan mereka untuk tahun depan tapi kita akan tahu dalam Electronic Entertainment Expo kelak ataupun lebih awal.

Buat masa ini, jangan lupa untuk check out Dragon Quest Heroes II di PlayStation 4 dan PC.

RELATED NEWS

+