Project Resistance: Kalahkan Zombi Secara Berpasukan Dalam Game Berdasarkan Resident Evil

Capcom mengumumkan sebuah projek baru diinspirasikan oleh siri Resident Evil iaitu bertajuk Project Resistance.

Kali ini, Project Resistance menampilkan sepasukan 4 remaja bertungkus-lumus dengan menggunakan pelbagai senjata bagi mengalahkan zombi yang korang kenali dalam Resident Evil seperti Licker di sekeliling mereka. Di akhir trailer, penjahat Resident Evil 2, Mr. X tampil untuk mengejar 4 remaja ini tetapi dia dikawal jarak jauh. Siapakah gerangan yang mengawal Mr. X? Hm…

Saksikan trailer acah terbaru di bawah:

Melihat kepada trailer di atas, Project Resistance kelihatan boleh dimainkan beramai-ramai sehingga 4 orang pemain. Beberapa game dalam siri survival horror ini boleh dimainkan bersama-sama seperti Resident Evil 5 dan 6 serta ada juga game berbentuk multiplayer seperti Outbreak dan Umbrella Corps yang mana tidak digemari ramai pemain.

Capcom tidak mendedahkan tarikh rasmi untuk Project Resistance tetapi pembangun akan berkongsi lebih lanjut tentang game shooter berpasukan ini di Tokyo Game Show 2019 berlangsung pada 12 hingga 15 September 2019.

Project Resistance akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+