PUBG Mobile: Alan Walker Akan Mengeluarkan Lagu Baru Sempena PMCO Global Finals

Sempena PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals yang akan berlangsung bermula 26 Julai ini, DJ dari Norway yang terkenal, Alan Walker akan mengeluar lagu tema keduanya selepas “On My Way” yang digunakan untuk liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga sebelum ini.

Berjudul “Live Fast”, lagu tersebut akan mempunyai mesej kekuatan untuk pemain-pemain yang bertanding dalam kejohanan tersebut. 

Dalam video dimuat naik oleh page Facebook PUBG Mobile, Alan Walker memberikan sepatah dua kata sempena lagu tema baru ini.

PUBG MOBILE – Alan Walker Reveal

Alan Walker akan mengeluarkan lagu barunya – "Live Fast" dengan PUBG MOBILE! Lagu ini akan debut di #PMCO Global Finals pada 26 Julai, Berlin. Baca sini: www.pmco2019.info/AW🔹 Join Group: https://www.facebook.com/groups/PUBGMOBILEMY.OFFICIAL/🔹 Follow Instagram :https://www.instagram.com/pubgmobilemyofficial/🔹 Follow Youtube: http://www.youtube.com/c/PUBGMOBILEMY

PUBG MOBILE 发布于 2019年7月18日周四

Beliau juga berkata akan membuat kemunculan untuk bermain bersama star players (pemain popular) ketika di Berlin nanti. Ini mungkin bermaksud Alan Walker akan bermain di dalam showmatch sebagai salah satu aktiviti untuk peminat dalam kejohanan tersebut.

Selain lagu Alan Walker, lagu Fly daripada Benji Jackson juga digunakan sebagai anthem untuk liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga sebelum ini. Lagu itu juga mempunyai mesej sangat mendalam tapi mudah difahami. Korang boleh dengarnya dengan trademark Audio Jungle di SINI.

Gambar featured image: Youtube

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+