PUBG Mobile: ‘Kami Sedang Mencari Pemain Baru’ – Junior Talent

Dalam satu kenyataan berhubung pemain Junior Talent, Miss Far yang tidak lagi bersama skuad itu, nampaknya perjuangan mereka akan diteruskan bagi mencari pemain baru menggantikan posisi bekas kapten itu.

 

“Pihak kami akan mengumumkan pengganti bagi posisi Miss Far tak lama lagi,” 

Dalam kenyataan sama, Junior Talent mengucapkan selamat maju jaya kepada Miss Far.

“Kami menempa kejayaan demi kejayaan dan perjalanan indah bersamanya. Kami berharap Miss Far dapat teruskan perjalanan sebagai pemain e-sukan dan berjaya dalam apa jua bidang diceburi,”

Penulis masih menunggu kenyataan Miss Far kerana setakat ini dia mendedahkan ke mana hala tujunya selepas ini dan apa sebab dia meninggalkan skuad Jr.

Buat masa ini, Trixnity akan menjadi kapten untuk Junior Talent.

Junior Talent diwakili oleh NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun, Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun, Muhammad Fikri Adli Md Nizam (Ngah), 20 tahun dan Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun.

Sedikit mengenai pencapaian mereka, Junior Talent pernah mendapat naib johan untuk kejohanan Epic Perak, mendapat tempat ketiga untuk bagi PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia Finals dan layak ke Shanghai, China untuk liga Asia Tenggara. selama lima minggu.

Artikel berkaitan: Miss Farr tinggalkan Junior Talent

Gambar featured image: Junior Talent PUBG Mobile

RELATED NEWS

+