PUBG Mobile: Miss Farr Tinggalkan Junior Talent

Kapten Junior Talent, Missfarr umum di laman Facebook page miliknya yang dia tidak lagi bersama pasukan PUBG Mobile Malaysia itu bermula hari ini.

Junior Talent diwakili oleh NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun, Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun, Muhammad Fikri Adli Md Nizam (Ngah), 20 tahun dan Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun.

Miss Farr menulis kapsyen mengatakan dia belajar banyak perkara terutamanya nilai persahabatan.

“Ia adalah satu perjalanan yang indah buat saya. Kita bukan saja satu pasukan tapi ibarat adik beradik. Setiap memori akan terpahat dalam minda sampai bila-bila.

“Terima kasih untuk persahabatan ini dan kerjasama diberikan yang membantu saya menjadi lebih baik dalam pasukan. Terima kasih kerana peluang diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama.

“Saya nak ucap selamat maju jaya kepada semua dan tahniah kepada kapten baru, Trixnity!,”

Dia juga menyarankan peminat untuk terus menyokong Junior Talent dan masih memberikan sokongan kepada dirinya pada masa depan nanti.

Bagaimanapun, Missfar tak mendedahkan ke mana hala tujunya selepas ini dan apa sebab dia meninggalkan skuad Jr.

Buat masa ini, Trixnity akan menjadi kapten untuk Junior Talent dan mereka mungkin sedang mencari pemain bagi menggantikan posisi Miss Farr.

Sedikit mengenai pencapaiannya, Junior Talent pernah mendapat naib johan untuk kejohanan Epic Perak, mendapat tempat ketiga bagi PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia Finals dan layak ke Shanghai, China untuk liga Asia Tenggara. selama lima minggu.

*Ketika artikel ini ditulis, Junior Talent belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan penulis masih menunggu komen daripada pihak mereka.

Artikel berkaitan: Gadis ini handal main PUBG, layak ke liga Asia Tenggara di Shanghai, China

Gambar featured image: FB Page Miss Farr

RELATED NEWS

+