PUBG Mobile: RSG Malaysia muncul lineup baru

Setelah pemain scout mereka Ironpro dan juga Y2K keluar pada 8 Disember tahun lalu, kini pasukan RSG Malaysia muncul dengan barisan pemain baru.

Badman dan juga KimxGaming telah memenuhi slot tersebut sebentar sahaja tadi, Badman merupakan bekas pemain PUBG di pelantar PC sebelum beralih ke pelantar peranti mudah alih untuk menjadi coach.

Manakala KimxGaming pula dari pasukan TRX Elementus dan pernah mendapat naib johan di pertandingan Ultimate Warrior Showdown 2020.

Mungkin dengan penambahan ahli baru ini dapat membuatkan pasukan RSG Malaysia menempa nama di peringkat PMPL nanti. Kita saksikan.

RELATED NEWS

+