PUBG Mobile: RSG Malaysia tubuhkan pasukan wanita pertama mereka

Organisasi RSG yang terkenal di Singapura telah membuka cawangan mereka di Malaysia pada tahun 2019 yang lalu. 

Setelah setahun berlalu, mereka telah menubuhkan pasukan Mobile Legends di Malaysia yang terdiri daripada ahli skuad Team Bosskurr.

Kali ini, mereka tubuhkan pasukan wanita yang pertama mereka di dalam permainan peranti mudah alih PUBG Mobile.

Pasukan wanita ini dikenali sebagai RSG Ember yang terdiri daripada Meen, Yayan, Nunaa dan Juju. Keempat-empat dari mereka ini merupakan streamer di platform Facebook Gaming.

Dengan penubuhan pasukan baru ini, pasukan RSG Malaysia mampu mengasah bakat-bakat baru di PUBG Mobile. Selain itu, peminat juga akan dapat menyaksikan pemain wanita memberikan aksi yang menarik di masa akan datang.

Di harap pasukan RSG Ember dapat menyertai tournament yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Foto: RSG

RELATED NEWS

+