PUBG Mobile: Ryzen rehat di musim hadapan?

Selepas tamatnya musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2021. 9 pasukan dari liga timur berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Final.

Namun, ianya bukan satu berita gembira buat pasukan BTR. Mereka gagal layak ke peringkat Grand Final selepas perjalanan yang penuh cabaran di peringkat liga.

Di dalam Instagram story milik Luxxy, beliau mengucapkan terima kasih kerana sudah menyokong pasukan BTR dan semoga ketemu lagi di tahun hadapan.

Namun, Ryzen memuat naik story itu dan mencoret tulisan “see you next year” itu seolah-olah beliau mempunyai agenda lain di musim hadapan.

Apakah pandangan anda tentang perkara ini? Ramai netizen menyatakan kemungkinan beliau akan rehat atau ke pasukan lain selepas ini. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+