Penentuan pingat Sukan SEA Hanoi 2021 untuk kategori PUBG Mobile acara berkumpulan menyaksikan pasukan Malaysia 1 berjaya memenangi pingat gangsa.
Mereka diwakili oleh Jumper, Xrush, Franky, Magix dan juga Flaxop.
Walau bagaimanapun, pasukan Malaysia 2 gagal memenangi sebarang pingat apabila mereka mendapat kedudukan ke-7 di dalam carta.
View this post on Instagram
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Negara kerana berjaya membawa pulang pingat untuk Malaysia.
Sementara itu, pingat emas menjadi milik pasukan Indonesia 2 dan perak dimenangi oleh Vietnam 1.