PUBG Mobile: Team Secret Berkolaborasi Bersama Maxis

Hari ini, organisasi e-sukan Eropah, Team Secret berkolaborasi bersama syarikat telekomunikasi, Maxis dalam usaha mengembangkan lagi industri e-sukan di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, pemain PUBG di Malaysia boleh menikmati beberapa tawaran menarik daripada Maxis untuk pengalaman e-sukan yang terunggul pada rangkaian 4G dan fiber termasuk peranti pintar gaming menerusi Maxis Zerolution serta pembelian in-game melalui Bil Pengendali bagi pelanggan Hotlink, Maxis dan Ookyo.

Selain itu, mereka juga akan mengeluarkan kandungan permainan eksklusif bersama PUBG Mobile Team Secret bagi memberikan inspirasi kepada lebih ramai pemain di luar sana mengejar impian dalam e-sukan sehingga ke peringkat dunia.

John Yao (tiga dari kanan) bersama Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Maxis

“Saya rasa Asia Tenggara mempunyai pasaran yang besar di sini. Saya boleh kata ini adalah kali pertama kami memasuki pasaran mobile gaming (PUBG Mobile) tapi juga bukan yang terakhir (terbuka untuk permainan mudah alih lain),” – John Yao, Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret.

John juga menambah, mereka teruja menjadikan Malaysia pasaran pertama di Asia Tenggara.

“Malaysia antara negara yang mewakili salah satu komuniti peminat Team Secret yang terbesar di dunia. Kami melihat potensi besar di sini dan berharap dapat wujudkan suasana e-sukan yang positif,” katanya ketika ditemui di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Pasukan PUBG Mobile Team Secret satu-satunya skuad Malaysia yang layak ke PMCO Global Finals di Berlin, Jerman.

Layari Facebook Maxis dan Facebook Team Secret untuk perkembangan lanjut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+