PUBG Mobile: Team Secret layak ke PMGC Season 0?

Pasukan PUBG Mobile Malaysia, Team Secret kini layak ke kejohanan dunia (PMGC Season 0). Sekurang-kurangnya itulah info tidak rasmi di Liquipedia (Tencent belum memberi kenyataan lagi).

Foto: Team Secret

Mengikut keputusan pada PMPL SEA Finals sebelum ini, keempat-empat pasukan Malaysia (TS, Yoodo Gank, Geek Fam dan Team SMG) hampir-hampir lolos tapi tidak berjaya merebut empat slot teratas (untuk layak ke PMGC).

Menurut laporan ONEEsports, mengatakan terdapat kesalahan dalam pengiraan pasukan yang layak menerusi PMPL  Americas Finals. Pasukan Execute Esports kini layak selepas perkiraan mata  dibuat oleh Tencent. Namun, Alpha7 Esports (yang menang ke atas Execute) juga turut layak.

Ini kemudiannya dapat dirumuskan terdapat 24 slot pasukan (seperti dikira di Liquipedia.net).

Penambahan itu juga bermakna pasukan Asia Tenggara menerima satu slot tambahan yang mana Team Secret berjaya lolos. Keseluruhannya terdapat tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia yang mewakili Asia Tenggara di kejohanan dunia ini.

Rantau terakhir iaitu Asia Selatan masih menjalani pusingan kelayakan ke peringkat dunia jadi tiga lagi pasukan dari sana akan diketahui. Sementara itu, dua lagi slot tambahan mungkin akan datang dari Wildcard.

Anda boleh lihat senarai penuh pasukan PMGC Season 0 di laman web ini.

Setakat artikel ini ditulis, Tencent masih belum beri kenyataan rasmi dan mungkin akan berbuat demikian selepas berakhir PMPL Asia Selatan Finals.

RELATED NEWS

+