melaporkan peta bersalji Vikendi dikhabarkan akan dikeluarkan di PC. Masa tu, sekadar rumor saja tapi hari ini di The Game Awards, ia menjadi kenyataan!"> melaporkan peta bersalji Vikendi dikhabarkan akan dikeluarkan di PC. Masa tu, sekadar rumor saja tapi hari ini di The Game Awards, ia menjadi kenyataan!" /> melaporkan peta bersalji Vikendi dikhabarkan akan dikeluarkan di PC. Masa tu, sekadar rumor saja tapi hari ini di The Game Awards, ia menjadi kenyataan!" />

PUBG: Peta Bersalji Vikendi Diumumkan – Main Sekarang Di PC!

Sebelum ini kami melaporkan peta bersalji Vikendi dikhabarkan akan dikeluarkan di PC. Masa tu, sekadar rumor saja tapi hari ini di The Game Awards, ia menjadi kenyataan!

Kalau korang perhatikan trailer di bawah, ia menunjukkan seekor burung menyebabkan letupan dan memberi sedikit detail berkenaan peta ini.

Ia penuh dengan salji, sungai beku dan banyak pokok. Pemain juga akan meninggalkan kesan tapak kaki dan peta ini menampilkan sekurang-kurangnya satu senjata baru dan kenderaan snowmobile. Peta ini juga berkeluasan 6×6 dengan saiz antara Sanhok dan Erangel.

Ia boleh dimainkan di Test Server sekarang dan dilancarkan secara rasmi pada 19 Disember. Untuk konsol pula, korang kena tunggu Januari nanti.

Baca lanjut:

RELATED NEWS

+