PUMA Memperkenalkan Pempengaruh Virtual, Maya Sempena Kempen PUMA Rider

Jenama sukan PUMA, nampaknya membuat satu kejutan yang belum pernah lagi ditemui di Asia Tenggara. Mereka memperkenalkan pempengaruh (influencer) Kecerdasan Buatan (AI) pertama di rantau tersebut yang bernama Maya.

Maya

Lebih menarik, Maya @mayaaa.gram akan menjadi teraju utama kempen FUTURE RIDER (model kasut  PUMA untuk larian yang bertaraf ikon sekitar tahun 80-an). Maya bersama tiga duta serantau iaitu Ismail Izzani (Malaysia), Tosh Zhang (Singapura) dan Adipati Dolken (Indonesia) akan menggayakan identiti ‘pemain’ dan memasuki dunia maya berinspirasikan masa hadapan. 

Ismail Izzani

Mereka akan berlari, melompat dan bertarung dalam persekitaran siber untuk melepasi beberapa peringkat dan membuka laluan ke masa hadapan (tema futuristik) sambil berinteraksi dengan khalayak.

Bermula 23 Mac hingga 26 April 2020, penonton boleh mengambil bahagian dalam RIDER Challenge untuk memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama berupa bekalan kasut PUMA selama setahun!

 

FUTURE RIDER dan STYLE RIDER (satu lagi model kasut PUMA) kini sudah tiba di Malaysia pada 22 Februari dengan harga RM429. Ia boleh didapatkan di laman web PUMA, kedai PUMA dan rangkaian rakan jualan runcit di seluruh negara.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+