Raikan ulangtahun ketiga Yoodo bersama promosi menarik

Sejak ditubuhkan pada 2018, Yoodo melangkah ke pasaran telko di Malaysia dengan memberikan servis digital mudah alih 100 peratus dengan memberikan pengguna kuasa untuk memilih dan menyesuaikan mengikut keinginan mereka.

Yoodo sudah meletakkan asas mereka di dalam segmen gaya hidup dengan misi untuk mengetengah bakat baru di Malaysia.

Mereka menceburi bidang e-sukan dengan menjadi Telko Digital Rasmi untuk PUBG Mobile National Championship (PMNC), menjadi penaja rasmi untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang dan menandatangani dua pasukan esukan baru iaitu Yoodo RSG MLBB dan Yoodo RSG CODM. 

Selain itu, Yoodo juga telah melibatkan diri mereka dalam bidang sukan seperti menaja Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) sejak 2019, dan mengangkat pemuzik tempatan melalui acara Yoodo Presents, Punkrock Picnic dan banyak lagi.

Sempena ulangtahun ketiga Yoodo, mereka juga ada pengumuman yang mengujakan.

TikTok sepanjang masa bersama Yoodo

Antaranya, sempena misi mereka #whatyoowant tahun ini, mereka memperkenalkan Add-On TikTok dengan hanya RM1, di mana pengguna boleh strim, membikin dan berkongsi video TikTok dengan data 20GB.

Promosi ini adalah sehingga 31 Disember 2021, dan selepas itu akan berharga RM10.

Diamonds Mobile Legends: Bang Bang melimpah ruah

Yoodo juga menawarkan Add-On Mobile Legends: Bang Bang, dengan harga RM1 untuk 20GB. Mereka yang membeli Add-On RM1 akan menerima 1,000 diamonds dalam permainan. 

Bagi yang bukan pelanggan Yoodo, anda boleh menukar ke Yoodo dan membeli Add-On MLBB 20GB dan akan mendapat kod promo untuk menebus 100 diamonds dalam permainan.

Promosi ini sah sehingga 17 Ogos ini.

Sambungan On-the-Go

Yoodo juga mengumumkan kerjasama bersama BHP dan Petronas, dengan memudahkan mereka untuk membeli pek SIM Yoodo di kedai kedai BHPetromart dan Petronas Mesra yang hanya RM3.

Pek SIM ini juga boleh didapati di 10 kedai Celcom Bluecube di Mid valley Megamall, Taman Tun Dr. Ismail, AEON Bukit Tinggi, laman Seri, Sunway Pyramid, NU Sentral, Prima Sri Gombak, Bandar baru Klang IOI Mall dan Kajang. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Yoodo di SINI

TAGS

RELATED NEWS

+