“Ramai jangka saya akan turun padang guna Franco atau Guin tapi mereka semua kena tipu..” – Makdi

Aul, Ombong Haha dan juga Makdi adalah pemain yang dikatakan sebagai senjata rahsia oleh pasukan Homebois. 

Di pentas MPL MY baru-baru ini, Homebois membawa masuk Aul dan juga Ombong untuk bermain di skuad utama mereka bagi menentang Suhaz Esports.

Namun begitu, Makdi selaku pemain simpanan yang bermain di gold lane tidak turun bermain bersama mereka.

@mygameondotmy Akhirnya, @zyrulz_ dan @ombonghaha main di pentas MPL MY S10 pada minggu akhir dan penampilan istimewa daripada @hmdmakdi #MPLMYS10 #10BERSAMA #IniGayaKita #MLBBEsports #MLBB #MyGameOn #fyp #kakigaming ♬ Kita Rockstar – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Makdi dan bertanyakan tentang perkara ini.

Makdi menyatakan dia hanya memberi peluang kepada rakan-rakannya untuk bermain di pentas MPL.

“Saya berikan peluang kepada rakan-rakan untuk menyerlah di pentas sebelum mereka melayakkan diri ke playoff. Oleh itu, kami bagi mereka suasana bermain di atas pentas MPL.

“Kerana terlalu banyak permainan saya main sebelum ini, jadi saya bagi sahaja peluang kepada mereka untuk bermain,” ucap Makdi.

Selain itu, Makdi juga memberitahu bahawa ramai orang beranggapan dia akan bermain Franco atau Guinevere. 

“Ramai orang menjangkakan saya akan bermain Franco atau Guinevere akan tetapi mereka sebenarnya ditipu, tugas saya sebenarnya hanya sebagai pemangkin moral pasukan setakat ini,” akhirinya.

Ikuti temubual penuh Makdi dan juga Aul di laman rasmi Tiktok kami. 

Foto: Homebois

RELATED NEWS

+