Ramalan dropspot Grand Final MCPS Majors musim keempat, persaingan dua slot ke Siri Dunia Bangkok

Kehangatan saingan peringkat Grand Final Kejohanan Majors MCPS musim keempat kian terasa apabila beberapa pasukan cuba mencari nafas baru dengan pertukaran strategi. Sepanjang 12 hari masa persediaan yang diperuntukkan, pasukan-pasukan yang kurang beraksi baik di liga cuba memanfaatkan dengan penerapan koordinasi baharu.

Berikut adalah ramalan dropspot yang dijangakakan akan berlaku di Grand Final MCPS Majors s4:

Bermuda

Peta Bermuda mempunyai taburan pasukan lebih ke arah Barat ke Utara kerana kepadatan yang menyebabkan pergerakan pasukan agak terhad. Walaubagaimanapun, beberapa pasukan dilihat mempunyai alternatif seperti Launch pad dan kenderaan untuk bergerak masuk ke zon selamat seterusnya. 

Pasukan Anxiety dikesan dalam beberapa siri perlawanan latihan (scrims) menukar kawasan mendarat ke arah Katulistiwa kerana Hangar mempunyai peratusan tertinggi zon biru yang selalu dimonopoli AV Radicals.

Tambahan lagi, Geek Fam agak komited terhadap pertempuran awal selepas cuba merebut dropspot asal pasukan itu daripada pasukan SEM9. hal tersebut tampak memberi keputusan positif dalam scrims kerana SEM9 tunduk kepada Geek Fam yang berlangsung minggu lalu.

Kalahari

Berdasarkan taburan pasukan di peta Kalahari, dua pasukan iaitu Geek Fam dan Supreme Assault Forces (SAF) mungkin akan memilih kawasan mendarat baru kerana tidak mahu berjiran dengan pencabar terdekat, SEM9 yang mempunyai mekanisma pasukan yang mantap pada pertempuran awal.

Geek Fam bakal memilih Foundation untuk destinasi pertama selepas mendarat kerana pada peringkat liga kawasan tersebut dikawal pasukan NSEA dan ORV X-Men. 

Di samping itu, SAF diramal tidak akan memilih Old Hampton kerana koordinasi pasukan yang kurang strategik jika diambil faktor pergerakan pasukan Todak dan Geek Fam. Hal tersebut menjadi stau implikasi kerana kurang kelengkapan pertempuran. 

Stone Ridge akan menjadi saksi pertempuran awal permainan jika SAF berkeras untuk tetap melawan SEM9 di kawasan itu.

Purgatory 

Bahagian barat dan Selatan Purgatory tampak padat dengan pasukan gergasi seperti AV Radicals, Blacklist International dan Farang yang mempertaruhakan risiko yang tinggi, dalam masa yang sama menjanjikan ganjaran lumayan.

Namun, AV Radicals hanya akan bermain dengan mempertaruhkan nasib ke arah zon biru. Quarry adalah kawasan yang agak strategik untuk kawasan zon biru tetapi perkara tersebut hanya jangkaan semata-mata.

Kawasan Utara mempunyai kawasan yang luas untuk persinggahan bagi pasukan seperti Anxiety, SAF dan Axis Esports

Alpine

Alpine adalah peta yang mempunyai permukaan bumi yang landai dengan beberapa bukit yang dapat dimanfaatkan pasukan yang bertanding.

Pertempuran awal di antara Blacklist International dan Farang mempunyai kemungkinan yang tinggi akan berlaku kerana masing-masing masih mempunyai ego untuk mempertahankan tanah Snowfall itu.

Pasukan seperti Geek Fam, Pando EWG, SAF, Axis Esports dan Expand bakal tidak berganjak dari kawasan yang telah serasi dengan pergerakan pasukan itu supaya tidak berlaku perselisihan dengan pasukan lain.

Grand Final Kejohanan Majors MCPS musim keempat bakal berlangsung pada 8 Oktober dan 9 Oktober ini. Sebanyak 12 pasukan bakal berentap bagi merebut hadiah wang terkumpul RM313,000 (AS$70,000).

Peringkat Grand Final juga akan bersiaran secara langsung di Facebook dan Youtube Garena Free Fire Malaysia bermula jam 1 Petang.

RELATED NEWS

+