Rancangan TV Resident Evil Sedang Dibangunkan Di Netflix

Resident Evil bakal tiba di kaca televisyen/PC/laptop/telefon pintar korang melalui platform penstriman, Netflix.

Menurut laporan Deadline, Netflix sedang membangunkan siri TV berdasarkan francais game aksi seram ini. Rancangan ini juga akan dapat campur tangan dari syarikat produksi filem Jerman, Constantin Film yang menghasilkan siri filem Resident Evil yang dibintangi Milla Jovovich. 

Ada-ada sahajalah… nak jadi rancangan TV pula

Rancangan TV ini akan mengembangkan lagi penceritaan berdasarkan Resident Evil dan fokus kepada Umbrella Corporation, sebuah konglomerat besar mempunyai agenda jahat yang mengakibatkan penyebaran wabak T-virus. Laporan mengatakan siri TV ini akan menggabungkan segala trademark Resident Evil termasuk babak aksi cemas dan juga kehadiran ‘easter eggs’.

Siri Resident Evil pernah diolah menjadi filem Hollywood dan dalam bentuk animasi tetapi ini merupakan pertama kali game dihasilkan oleh Capcom ini muncul di siaran televisyen. Setakat ini, rancangan TV ini masih lagi tiada ketua produksi dan tarikh siaran masih lagi belum diumumkan.

Sementara menunggu itu, korang boleh main Resident Evil 2 Remake, game terbaru dalam siri Resident Evil telah dilancarkan hari ini di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming dan esports.

 

RELATED NEWS

+