Suka Main Resident Evil 2? Capcom Nak Korang Kongsi Pandangan

Resident Evil 2 (2019) yang juga remake untuk versi asal pada tahun 1998 kini menjadi pilihan peminat dan kebanyakan wartawan untuk gaming portal disebabkan ideanya yang kekal dengan plot asal dan pembaharuan lain dari segi grafik, kawalan, RE Engine dan sebagainya.

Umum tahu dengan hakikat itu, Capcom mengeluarkan survey (reaksi dan pandangan) di Twitter bertanyakan kepada pemain yang sudah mempunyai dan bermain permainan video Resident Evil 2.

Survey itu menanyakan pemain punya latar belakang, pengetahuan sejarah tentang siri ini dan kemudian sistem rating berdasarkan banyak aspek kepada permainan ini antaranya ‘Kesetiaan kepada siri Resident Evil’, ‘Perspektif Third-person’, ‘Tahap Seram’, ‘Jang masa kempen’ dan lain-lain.

Ia juga menanyakan aspek yang disukai dan kurang disukai pemain untuk permainan ini dan berapa markah akan diberikan.

Korang boleh mengambil bahagian dalam survey itu di LINK INI.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+