Resident Evil 5 Dan 6 Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada 29 Oktober Ini

Sebelum ini di persidangan Nintendo di E3 2019, kedua-dua Resident Evil (5 & 6) diumumkan akan hadir ke konsol hibrid ini tapi tarikhnya belum diberitahu.

Tapi hari ini, Capcom mengumumkan di Twitter yang pemain boleh kembali bermain sebagai Chris dan Leon pada Halloween ini iaitu 29 Oktober.

Setiap satunya akan dijual di Nintendo Switch eShop dengan harga sekitar RM123. Selain itu, Resident Evil Triple Pack yang mengandungi RE 4,5 dan 6 akan turut dilancarkan di Amerika Utara pada harga USD59.99. 

Resident Evil 5 adalah permainan pertama dalam siri itu yang memperkenalkan mod co-op dan RE6 pula menambah baik mod itu malah memperkenalkan lebih banyak kempen yang antaranya memfokuskan pada watak baru Jake Muller, Helena Harper dan juga menyaksikan kemunculan kembali Leon Kennedy, Chris Redfield dan Ada Wong.

Sumber: Twitter

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+